Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Dalam kemaskini hari ini, anda boleh tambah muzik ke profil anda, pilih tab profil paras asal, tetapkan tema bual unik berdasarkan hadiah koleksi anda, bantu rakan anda naik taraf hadiah mereka — dan banyak lagi.
Lagu dari mana-mana bual anda kini boleh ditambah ke profil anda dengan satu tekan di pemain media. Setelah berada di profil anda, trek tersebut akan muncul dalam bar bergaya di bawah foto anda.
Semasa anda menambah trek lagu pada profil anda, ia secara automatik membuat senarai main yang termasuk lagu sebelumnya.
Untuk menambah lagu ke profil anda, tekan butang 'Tambah ke Profil' dalam pemain media atau pilih trek tersebut dan tekan Simpan ke… > Profil.
Terima kasih kepada pertandingan baru-baru ini, profil di Android kini menampilkan reka bentuk baru yang anggun dengan skrol beranimasi yang pertama kali diperkenalkan di iOS.
Telegram secara berkala menganjurkan pertandingan untuk juruprogram, pereka bentuk, pencipta kandungan dan banyak lagi — sebahagiannya menawarkan peluang untuk menyertai pasukan Telegram.
Kini anda boleh memilih tab mana yang akan muncul dahulu apabila seseorang membuka profil anda — untuk lebih menonjolkan stori yang disimpan atau koleksi hadiah anda.
Untuk menukar tab paras asal pada profil anda, pergi ke Tetapan > Profil Saya, tekan lama pada tab dan pilih Tetapkan sebagai Tab Utama.
Sejak 2021, pengguna Telegram boleh menggunakan tema pada bual individu. Hari ini kami menambah berpuluh-puluh kertas dinding bual dinamik baru berdasarkan hadiah Telegram — yang kini boleh ditetapkan oleh pemiliknya sebagai tema tersuai dalam mana-mana bual peribadi.
Satu-satunya cara untuk membuka kunci kertas dinding ini adalah dengan memiliki hadiah. Setiap kertas dinding berdasarkan atribut hadiah, menggunakan model dan latar belakang untuk mencipta tema unik bagi setiap koleksi. Satu hadiah membuka satu tema untuk satu bual.
Ini kini berfungsi dengan Plush Pepes, Prescious Peaches, Durov's Caps dan Heart Lockets. Kami akan menambah tema tersuai untuk lebih banyak koleksi hadiah pada masa akan datang.
Anda kini boleh menghantar Star untuk menampung kos menaik taraf hadiah di profil orang lain — sekiranya mereka kekurangan Star atau tidak tahu ia boleh ditukar. Jika pengguna tersebut kemudiannya memutuskan untuk menaik taraf hadiah mereka, ini akan menjadi percuma untuk mereka.
Penapis 'Boleh Dinaik Taraf' yang baru memudahkan anda mencari hadiah yang boleh dinaik taraf. Dan dengan butang 'Naik Taraf Hadiah Seterusnya', anda boleh menaik taraf beberapa hadiah secara berturut-turut.
Untuk menjadikan koleksi membuka hadiah lebih menarik, pereka bentuk kami menambahkan ekstra suspen pada animasi naik taraf.
Pengguna Telegram boleh berdagang hadiah koleksi dengan selamat di Pasaran Hadiah dari dalam Telegram.
Apabila melihat atribut hadiah, medan 'Nilai' yang baru memaparkan anggaran harga jualan semula. Anda boleh kembangkannya untuk melihat lebih banyak statistik seperti harga jualan purata hadiah lain dalam koleksi yang sama.
Pengguna Telegram boleh mencipta stiker tersuai dengan penyunting terbina dalam dan mengurus pek melalui bot @Stickers.
Bermula hari ini, @Stickers apl mini yang baru membolehkan anda mencipta stiker dan emoji, mengurus pek anda, dan melihat statistik penggunaan terperinci.
Mana-mana pengguna boleh mencipta, menghantar dan berkongsi karya seni tersuai menggunakan platform terbuka Telegram untuk stiker dan emoji.
Musim panas sudah berakhir. Mari kita kembali kepada bisnes.
31 Ogos 2025
Pasukan Telegram