Pengurus Muat Turun, Menu Lampiran Baru, Penstriman Langsung Dengan Aplikasi Lain dan Banyak Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Pengurus Muat Turun, Menu Lampiran Baru, Penstriman Langsung dengan Aplikasi Lain dan Lagi

Kemaskini hari ini memperkenalkan alat untuk mengawal muat turun anda, kongsi dokumen dengan pantas, susun semula album media sebelum kirim, tukar saluran anda ke Stesen TV, dan banyak lagi.

Pengurus Muat Turun

Pengguna Telegram boleh kirim segala jenis fail sehingga 2 GB setiap satu dan akses mereka dari mana-mana peranti – dengan storan awan tanpa had. Bila fail sedang giat dimuat turun, ikon baru akan menjelma di bar Carian.

Tekan pada ikon atau sila ke Muat Turun di tab Carian untuk lihat dan urus mereka – henti sekejap dan sambung semua muat turun atau item individu, dan pilih satu untuk naikkan prioriti atau lihatnya dari dalam bual.

Menu Lampiran Baru

Bila mengirim beberapa foto atau video, tekan '… dipilih' pada bahagian atas panel untuk pratonton, bagaimana album akan kelihatan dalam bual bila ianya dikirim - dan susun semula atau hapus media yang dipilih.

Di iOS menu lampiran Attach telah direka semula sepenuhnya untuk seiring dengan aplikasi Android. Opsyen kamera dalam aplikasi kini digabungkan dengan cantik kepada sebuah galeri dan bar navigasi baru yang memberi akses pantas ke foto, fail, perkongsian lokasi dan banyak lagi.

Tab Fail yang dikemaskini akan menunjuk fail terbaru dikirim dan membolehkan anda cari mereka dengan nama.

Interfes Separuh Lutsinar Android

Dalam Mod Malam, panel dan kepala mempunyai kesan ketelusan halus – membolehkan latar belakang bual, stiker dan media berkilauan bila anda skrol.

Kami belum kelihatan kesan seperti ini digunakan dalam mana-mana aplikasi Android. Kemaskini kali in memperkenalkan banyak lagi teknologi visual yang terbaik di dunia dari platform lain ke Android.

Pengguna iOS telah menikmati kepala dan kaki separuh lutsinar di Telegram semenjak Jun 2021.

Aliran Log Masuk Direka Semula

Di Android dan macOS, cara anda log masuk telah diperhalusi dengan animasi baru lancar. Di Android, lihat bagaimana angka dari kod log masuk anda tiba menggelongsor.

Di Telegram untuk macOS, lihat kod Matrix jatuh ke skrin log masuk Kod QR. Ikut itik putih, Norman.

Aplikasi Telegram membolehkan pengguna dilog masuk pada beberapa peranti dalam masa yang sama – dengan nombor fon yang berlainan.

Link Ke Nombor Fon

Siapa juga boleh cipta nama samaran, @username, dari halaman Aturan – membolehkan pengguna lain cara yang mudah untuk hubungi anda melalui Carian atau link t.me/username tanpa berkongsi nombor fon anda.

Kemaskini ini juga membolehkan anda untuk berkongsi secara terus link t.me ke nombor fon anda yang dengan segera akan membuka bual dengan anda.

Link Ke Nombor Fon

Format untuk link ialah t.me/+60123456789, dengan nombor fon penuh dalam format antarabangsa.

Sudah tentulah, link hanya akan berfungsi jika aturan privasi anda membenarkan pengguna lain menjumpai anda dengan nombor fon anda.

Penstriman Langsung Dengan Aplikasi Lain

Grup dan Saluran menyokong siaran video langsung dengan penonton tanpa had. Kami juga melihat semakin ramai bloger profesional dan wartawan menggunakan penstriman langsung Telegram untuk menemui pelanggan mereka.

Dengan kemaskini ini, anda boleh menyiarkan dari alat strim seperti 'OBS Studio' dan 'XSplit Broadcaster' – supaya anda boleh menambah tindanan dan susun atur berbilang skrin dengan mudah, menukar mana-mana saluran Telegram menjadi Stesen TV profesional.

Untuk strim dari peralatan, mula Bual Video baru di grup anda atau Pentriman Langsung baru di saluran anda , tekan butang’Mula Dengan’ dan masukkan informasi di situ ke dalam alat penstriman anda.

Penonton anda perlu mengemaskini aplikasi mereka ke versi terbaru untuk menonton penstriman anda.

Halaman Baru t.me

Dengan link t.me seperti t.me/durov, sesiapa juga boleh melihat pratonton profil, pos atau kesemua saluran awam di browser mereka - walaupun jika mereka belum lagi berdaftar dengan Telegram.

Pratonton web ini mempunyai paparan baru, menambah latar belakang bual dari klien berciri penuh Telegram Web.


Pasukan berbilang negara Telegram termasuk ramai ahli dari Ukrain. Kami berharap agar permusuhan di Ukrain dihentikan. Dalam masa yang bermasalah ini, kami bangga kerana kerja kami di Telegram dapat membantu orang ramai mendapatkan akses pantas maklumat kritikal – daripada kenyataan rasmi yang disahkan, ke amaran serangan udara yang membantu keselamatan orang awam. Kami menaruh simpati kepada semua yang terjejas dengan peperangan ini.

Kami akan terus menambah baik keupayaan Telegram untuk menghubungi di kawasan yang mempunyai liputan terhad dan dapat bertahan dari gangguan perkhidmatan.


11 Mac 2022
Pasukan Telegram

Berita Lain

스타 경품 및 기타

오늘 업데이트로 그룹과 채널은 경품 행사에서 Telegram Stars를 상품으로 사용할 수 있습니다. 또한, Telegram 브라우저에서 여는 모든 기사를 이제 Instant View로 변환할 수 있어 읽기 편리합니다.
6 Sep 2024

슈퍼 채널, 스타 반응 및 구독

오늘은 텔레그램의 11주년입니다. 사용자가 콘텐츠 제작자를 지원할 수 있도록 하는 스타 반응 및 스타 구독, 봇 및 비즈니스 계정을 위한 유료 미디어, 그리고 관리자가 다른 채널이나 개인 프로필로 게시할 수 있는 새로운 텔레그램 채널 모드를 만나보세요.
14 Ogo 2024

텔레그램 브라우저, 미니 앱 스토어, 선물 별 등

오늘 업데이트에서는 여러 탭을 지원하는 새로운 인앱 브라우저와 거의 10억 명의 사용자에게 Web3를 제공하는 기능, 인기 미니 앱이 포함된 미니 앱 스토어, 친구에게 스타 선물을 할 수 있는 기능, 스토리를 위한 날씨 위젯 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
31 Jul 2024

미니 앱 바, 미디어 광고, 스토리 검색 등 더 보기

6월 업데이트에서는 미니 앱을 최소화하여 컴팩트 바로 만드는 방법을 추가하고, 콘텐츠 제작자가 유료 사진 및 동영상으로 채널을 수익화할 수 있도록 도우며, 해시태그 또는 위치로 검색하고 새로운 링크 위젯을 도입하여 스토리를 개선할 수 있게 됩니다.
30 Jun 2024